Telemovie Playboy Di Mindaku ini diterbitkan Playground Productions dan arahan Megat Sharizal. Bersiaran pada 14 Ogos di slot Skrin Di 9 (TV9) jam 8.30 malam.


Video PlayboyDiMindaku

Para Pelakon

Beto Kusyairy, Nad Zainal, Ruzana Ibrahim, Nadia Aqilah, Yuna Rahim, Edward Chee Boon, Tapai Faisal.

Sinopsis Playboy Di Mindaku

Kisah Farid mempunyai banyak personaliti dan kekasih. Dia menggunakan personalitinya untuk berdepan dengan masalah dengan cara membiarkan personalitinya yang lain mengambil alih kekosongan yang dia tinggalkan itu. Sebagai cara untuk menunjukkan personalitinya yang lain, personaliti berbeza akan muncul.

Suatu hari, 'Fahmi' keluar bersama teman wanitanya, Sara. Liyana yang merupakan tunang kepada Farid terkejut melihat dia sedang keluar bersama perempuan lain. Liyana dan Sara menyiasat perihal Farid dan bersemuka dengan Farah, isteri Farid yang merupakan seorang doktor psikiatri.

Drama Jojie Gigil di TV3. Pernahkah anda menonton filem adiwira seperti X-Men yang memaparkan kisah watak-watak berkuasa luar biasa? Betul, itu hanyalah filem fantasi. Namun baru-baru ini, terdapat hebahan bahawa pelakon jelita yang sedang meningkat naik iaitu Elvina Mohamad juga mempunyai kuasa aneh seperti watak-watak filem tersebut.

Jojie Gigil

Usah terkejut, memang benar Elvina dikurniakan dengan kuasa luar biasa, tetapi kemampuan uniknya itu hanya wujud di dalam drama terbaharu lakonannya berjudul Jojie Gigil yang sedang bersiaran mulai 12 Ogos lepas di TV3.

Para Pelakon

Elvina Mohamad, Ben Amir, Syafnida Shuhaimi, Raja Azura, Syaffiq Sahli, Fana Azizan, Zaidi Omar dan ramai lagi.

Drama bersiri 20 episod ini juga merupakan sebuah terbitan Wiranusa Corporation Sdn. Bhd. dibawah arahan saudara Zul Huzaimy Marzuki, dan ditayangkan menerusi slot Dahlia pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Sinopsis Jojie Gigil 

Mengisahkan seorang gadis bernama Jojie (Elvina Mohamad) yang merupakan anak perempuan kepada Kak Joyah (Raja Azura), seorang janda cantik dan popular dalam kalangan penduduk kawasan rumah mereka. Meskipun Kak Joyah digemari orang ramai, tetapi anaknya Jojie kerap dibuli oleh pelajar-pelajar lain di kolej kerana mempunyai cara pemakaian yang agak pelik.

Kak Joyah tidak peduli tentang persepsi orang lain terhadap Jojie dan dia menyayangi puterinya itu bagai menatang minyak yang penuh. Pada suatu hari, Jojie dan sahabat baiknya telah pergi berkelah di sebuah kawasan air terjun. Rupa-rupanya, buah hati Jojie iaitu Adam (Ben Amir) dah rakannya turut berkelah di tempat yang sama!

Adam cuba menyakat Jojie namun gurauannya itu bertukar menjadi tragedi apabila Jojie terjatuh ke dalam sungai dan dibawa pergi oleh arus yang deras. Kepala Jojie terhentak pada sebuah batu besar dan menyebabkannya tidak sedarkan diri.

Peristiwa hampir mati lemas itu telah menyebabkan Jojie menjadi lebih aneh. Kadang-kala, Jojie akan berkhayal dan menggigil secara tiba-tiba ketika melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya, Jojie dikurniakan kebolehan untuk melihat perkara yang akan berlaku.

Pada mulanya, ibu dan rakan-rakan Jojie sendiri tidak percaya tentang kelebihan yang dimiliki Jojie ini. Mereka sangkakan Jojie telah diganggu oleh makhluk halus. Akan tetapi, Jojie bersifat positif dan tidak menganggap kebolehan unik ini sebagai suatu beban, malahan dia ingin menggunakan ia untuk membantu orang lain mengelak daripada ditimpa kemalangan.

Mampukah Jojie menjadi ‘superhero’ kesayangan orang ramai? Jangan ketinggalan untuk menonton drama bersiri Jojie Gigil setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang menerusi slot Dahlia, hanya di TV3!

Drama terbaharu lakonanan Izzue Islam berjudul Ops Cinta Din Sardin yang bakal bersiaran pada 11 Ogos ini di TV9. Drama 20 episod ini akan bersiaran setiap hari Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam menerusi slot Kelakarama.

Ops Cinta Din Sardin

Para Pelakon

Izzue Islam, Mira Filzah, Niena Baharun, Kazarudin Saisi, Delimawati, Sasqia Dahuri, Bell Ngasri, Azhan Rani, Jaja DFKL, Amir Raja Lawak dan ramai lagi.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Sinopsis Ops Cinta Din Sardin

Drama ini kesinambungan daripada cerita Din Sardin yang pernah bersiaran di Skrin Di 9. Din yang memang terkenal sebagai mat rempit di kampungnya mula berubah setelah dia jatuh hati pada Che Ta, seorang Pegawai JPJ yang cantik manis. Walaupun Che Ta sudah dimiliki orang lain, perasaan Din pada Che Ta masih tidak berubah. Din nekad untuk menjadi menjadi pegawai JPJ walaupun tidak dapat memiliki cinta Che Ta, asalkan dia dapat bergandingan dan selalu bersama gadis itu pun sudah cukup baginya.

Mira Filzah

Pada mulanya, Din sudah berputus asa untuk mencari pekerjaan setelah acapkali permohonannya untuk menjadi anggota unit beruniform ditolak sehinggakan dia kembali merempit. Ditimpa kejadian malang akibat kedegilannya untuk kembali merempit menyebabkan dia kehilangan sahabat baiknya, Amir yang ditimpa kemalangan ketika mereka sedang berlumba secara haram. Din nekad untuk berubah dan tidak mahu lagi untuk menjadi mat rempit. Che Ta turut membantu Din untuk berubah dengan menyerap Din menjadi sukarelawan Skuad Muda JPJ dalam kempen kesedaran yang dijalankan oleh JPJ.

Adakah Din akan berjaya menjadi pegawai JPJ seterusnya memenangi hati Che Ta yang sudah menjadi tunangan orang itu? Ketahui kesudahan cita-cita dan cinta Din Sardin dalam Ops Cinta Din Sardin, setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 di slot Kelakarama.

Clever Girl Malaysia, sebuah program realiti “game show” TV3 yang menampilkan gadis-gadis pintar dari seluruh Malaysia kini kembali dengan musim kedua! Misi pencarian 14 orang gadis pintar untuk membuktikan kecekapan berfikir mereka telah pun berakhir pada awal bulan Mei lepas.


Pada musim lalu, kita telah menyaksikan Fatin dari Kelantan dinobatkan sebagai juara. Kali ini, gadis dari negeri manakah yang bakal bergelar juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000?

Berikut ialah senarai para peserta Clever Girl Malaysia musim kedua:
  1. Sara Amelia Binti Muhammad Bernard (Sara, 24 tahun, Asasi Psikologi Ekonomi & Matematik) Perak
  2. Hani Nazrina Binti Hanizar (Hani, 21 tahun, Usahawan & Graduan Sains Aktuari) Perlis
  3. Noor Syakirah Binti Mohd Azam (Kiera, 27 tahun, Usahawan & Graduan Sains Kejuruteraan) P.Pinang
  4. Aliasuraiya Binti Mohd Isa (Alia, 25 tahun, Eksekutif Operasi & Mahasiswi Pengajian Nautikal) Melaka
  5. Vishebannu A/P Krishnan (Visha, 22 tahun, Mahasiswi Perundangan) Johor
  6. Nur Iylia Binti Badaruddin (Iylia, 27 tahun, Mahasiswi Perakaunan) Kedah
  7. Fadila Zukaira Binti Mohd Nor (Fadila, 24 tahun, Mahasiswi Pendidikan) N.Sembilan
  8. Mas Syahmi Izzah Binti Izhar (Mas, 24 tahun, Mahasiswi Kejuruteraan Mekanikal) W.Persekutuan
  9. Nurul Shazalina Zainudin (Shaza, 30 tahun, Mahasiswi Perubatan) Kelantan
  10. Nurul Ain Binti Aziz (Ain, 27 tahun, Usahawan & Graduan Pembangunan Manusia) Pahang
  11. Nur Emyllia Binti Halmi (Emyllia, 28 tahun, Eksekutif Pemasaran & Graduan Sains Kimia) Terengganu
  12. Syafiqah Binti Ishak (Ika, 30 tahun, Usahawan & Mahasiswi Keusahawanan) Sabah
  13. Shazana Binti Kamarnzaman (Shazana, 24 tahun, Mahasiswi Perubatan) Selangor
  14. Camellia Binti Onn (Camy, 28 tahun, Ahli Geologi) Sarawak

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10

Terbuka kepada peserta wanita yang berada dalam lingkungan usia 18 hingga 30 tahun, Clever Girl Malaysia mempunyai konsep yang berbeza daripada program realiti lain di mana program ini lebih mengetengahkan konsep intelektual.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Puan Zurina Othman, “Sebagai program realiti ‘game show’ Nombor 1 di Malaysia, kami amat bangga kerana dapat menjadi sebuah platform khas buat kaum wanita untuk membuktikan kemampuan dan kebolehan yang ada pada diri mereka. Alhamdulillah, atas respon penonton yang memberangsangkan, kami meneruskan program ini untuk musim kedua. Oleh itu, Kami berharap 14 peserta kali ini mampu menjadi sumber inspirasi kepada para penonton, terutamanya anak-anak muda.”

Memasuki musim baharu, Clever Girl Malaysia masih akan menilai prestasi dan kebolehan setiap peserta berdasarkan kemampuan mereka untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Setiap soalan yang dikemukan kepada 14 peserta ini telah pun diluluskan oleh pihak Mensa. Para peserta yang bakal bersaing untuk musim ini juga mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza.

Penonton setia sudah pastinya tidak sabar untuk menyaksikan siapakah 14 orang gadis yang bakal bersaing di pentas Clever Girl Malaysia kali ini.

Lebih menarik lagi, Clever Girl Malaysia musim kedua ini dibawakan khas oleh Sayangku Ratna, Jangan Berhenti Memuji oleh Serai Mas Herbs Trading selaku penaja utama. Program ini turut menampilkan Nin Jiom, Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak sebagai penaja bersama, dan disokong oleh tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan New Straits Times sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio.

Menurut kata Puan Marlinda Jasrizal, Pengurus Syarikat Serai Mas Herbs Trading, “Serai Mas sebagai penaja utama Clever Girl Malaysia, selaras dengan kehendak pengguna kini, yang menginginkan untuk berketerampilan dengan produk wajah yang selamat, mudah dan berkesan. Ratna Skincare, seiring dengan rahsia wajah awet muda sepanjang usia. Sayangku Ratna, Jangan berhenti memuji. Ratna Skincare Keluaran Serai Mas mengharapkan pengguna teruja dan serasi dengan menggunakan produk Ratna Skincare, berasaskan bahan natural, tiada kesan sampingan. Istimewanya ratna skincare. Makin lama pakai, makin berseri kulit wajah. Sayangku Ratna, Ratna Skincare, Jangan berhenti memuji.”

Program Clever Girl Malaysia yang dihoskan oleh Alif Satar ini merangkumi tiga segmen utama. Dalam Pusingan Pertama, para peserta perlu menjawab 10 soalan, di mana setiap soalan bernilai 5 markah. Sementara itu, markah bagi Pusingan Kedua pula adalah antara 10 hingga 100 markah, dan ianya berbeza mengikut soalan-soalan yang telah ditentukan.

Untuk Pusingan Penentuan: Juara Mingguan, dua peserta yang berada dikedudukan teratas akan berentap untuk menjawab soalan yang dikemukakan dengan pantas. Peserta yang berjaya di dalam Pusingan Akhir ini akan membawa pulang hadiah mingguan serta diberi Imuniti.

Dua peserta dengan markah terendah harus bersaing dalam Pusingan Penentuan; Penyingkiran, di mana mereka mungkin akan dinilai menerusi ketangkasan dan kemahiran mereka untuk menyelesaikan ujian IQ. Seorang peserta yang berjaya menyelesaikan soalan dengan paling pantas dan tepat akan terselamat daripada tersingkir.

Program Clever Girl Malaysia juga menyediakan talian hayat yang memberi peluang kepada para penonton unruk mengambil bahagian dalam program ini dengan membantu para peserta menjawab soalan-soalan yang sukar di Pusingan Penentuan: Penyingkiran. Terdapat dua cara untuk melakukan demikian iaitu menerusi laman web www.tv3.com.my/clevergirl atau dengan hashtag #clevergirlmy di laman sosial Twitter.

Dengan melayari www.tv3.com.my/clevergirl, para penonton akan dibawa ke skrin yang memaparkan soalan tersebut dan boleh memilih jawapan objektif A,B,C atau D. Di platform Twitter pula, para penonton hanya perlu menggunakan hashtag #clevergirlmy dan memberikan pilihan jawapan #A, #B, #C atau #D. Sebagai contoh, #clevergirlmy <jarak> #C.

Lebih seribu orang peserta telah menghadiri peringkat pertama sesi uji bakat yang telah berlangsung selama enam minggu di The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang (1 April), Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu, Sabah (8 April), Merdeka Palace, Kuching, Sarawak (15 April), Persada Johor Convention Centre, Johor (22 April), Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang (29 April) dan Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor (6 & 7 Mei).

Krew penerbitan diketuai oleh Nazatul Fariz Mohd. Aziz sebagai penerbit eksekutif dan Shazreena Mohd. Kassim sebagai penerbit.

Siapakah antara 14 orang gadis ini layak menjadi “Clever Girl” yang seterusnya? Jangan lupa untuk berikan sokongan kepada wakil negeri anda dalam Clever Girl Malaysia yang akan bersiaran secara langsung bermula 4 Ogos 2017 dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Jumaat selama satu jam bermula dari pukul 9.00 malam – 10.00 malam, hanya di TV3!

Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton pada hari tersebut, anda juga boleh menonton siaran ulangan pada setiap hari Khamis, pukul 2.00 petang.

Selain itu, pelbagai hadiah menarik turut boleh dimenangi oleh para penonton di rumah yang ingin merasai pengalaman menjawab kuiz seperti 14 peserta program ini. Anda boleh menyertai kuiz mingguan ini dengan melayari laman web www.tv3.com.my/clevergirl.

Terbaru drama Tauke Jamu bersiaran di Slot Iris TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Drama terbitan A.Aida Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Nazir Jamaluddin.

Tauke Jamu


Para Pelakon

Saharul Ridzwan, Reen Rahim, Faye Kusairi, Dian P Ramlee, Sabhi Saddi, Fana Azizan.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Sinopsis Tauke Jamu

Cinta Dazril dan Gia terhalang kerana ibu Gia, Dr Suraya. Dr Suraya fikir Dazril tidak layak untuk anaknya kerana pekerjaan lelaki itu hanyalah menjual jamu tradisional. Dazril rasa tercabar dengan kata-kata Dr Suraya dan menjadikan tohmahan itu satu motivasi untuk dia bekerja lebih keras. Dazril mahu membuktikan kepada Dr Suraya bahawa dia layak untuk memiliki hati Gia.

Artikel Berkaitan

Sepanjang tempoh enam tahun bergelar anak seni, sudah banyak drama popular dibintangi Saharul Ridzwan. Namanya meledak dengan deretan drama seperti Hati Perempuan, Kau Aku Kita dan Seindah Takdir Cinta.

Selepas mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu, momentum pemenang trofi Aktor Pilihan dalam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 itu bagaimanapun menjunam. Dia seakan-akan ‘hilang’ daripada kaca televisyen yang selama ini bersilih-ganti menyiarkan kelibat romantiknya.

Di sebalik ‘kehilangan’ sementara yang menerbitkan kerinduan ramai pemujanya, pemilik nama lengkap Mohd. Saharul Ridzwan Hashim itu sebenarnya sedang mengerah keringat di lokasi penggambaran.

Bukan satu, sebaliknya lima buah drama bersiri lakonannya sedang menanti waktu tayangan dan yang pasti ia akan mengembalikan semula kehangatan Saharul di mata peminat.

“Sebenarnya, ia bukan tentang saya sudah jarang muncul di kaca televisyen tetapi kebanyakan drama lakonan saya belum ditayangkan. Sepanjang tahun lalu, saya terlibat dalam banyak drama tetapi tarikh tayangan semuanya pada tahun ini. Tahun lepas saya banyak bekerja, sebab itu orang ingat saya berehat,” jelas Saharul.

Tambahnya: “Untuk tahun ini sahaja, ada lima buah drama bersiri baharu lakonan saya bakal ditayangkan iaitu bermula April hingga Jun nanti. Jadi, kepada peminat yang bertanya apa produk terbaharu saya, nantikan kesemua lima drama tersebut ditayangkan berturut-turut,” jelas Saharul mengulas tempoh sepinya daripada kaca televisyen.

Menjelang April nanti, Saharul bakal muncul dengan drama berjudul Tauke Jamu siaran TV3 dan Setia Menunggumu (HyppTV), diikuti dengan drama Arluna dan Kampus yang akan disiarkan di Astro pada Mei.

Jangan lupa saksikan drama Tauke Jamu yang bersiaran 20 episod di TV3.

Terbitan Wayang Works, telemovie Komplot ini diarahkan oleh Laura Low dan skrip Nadia Khan & Mamu Vies. Bersiaran di Astro Citra Exclusive (Citra 131 & Mustika HD 134) jam 9.00 malam pada 5/8/2017.

telemovie komplot

Video Komplot

Para Pelakon

Remy Ishak, Aedy Ashraf, Hasnuf Rahmat, Faizul Syaharin, Intan Nur Saina, Jasmine Suraya

Sinopsis Komplot

Kisah Zali, penjaga parking mendapat tahu bahawa abang iparnya, Rashid bukan seperti yang dikatakan. Apabila anak saudaranya diculik, Zali cuba untuk membantu namun dia mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena mengenai kes penculikan tersebut.

Saksikan telemovie Komplot yang akan bersiaran pada Sabtu 5/8/2017 di Astro Citra dan Mustika HD.


Sinopsis

Yasmien is Ysabel, a single mother to her loving daughter Maymay. She works as a personal assistant to Scarlet, a socialite, to be played by Katrina. However, Scarlet cannot bear a child so she convinces Ysabel to become their surrogate.

She agrees to surrogacy because she needs money for the treatment of Maymay’s bone marrow transplant. But half-way through Ysabel’s pregnancy, Maymay unexpectedly dies from an accident. Due to depression and loneliness, Ysabel breaks the surrogacy agreement, flees with the baby and decides to raise her as her own, calling her Maya in memory of her daughter who passed away.

Para Pelakon

Yasmien Kurdi-Soldevilla as Ysabel Salvacion-de Guzman / Zeny Alfonse
Mark Herras as Jonas Mercado
Katrina Halili as Scarlet Morato-Mercado
Jillian Ward as Katherine Mercado / Maya Salvacion
Sofia Catabay as young Katherine / Maya
Gabby Eigenmann as Benedict Corpuz

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28
 

Sejak 2009 - Kepala Bergetar