Menanti Februari lakonan Fathia Latiff dan Zul Ariffin

Drama terbaru di Slot Samarinda, Menanti Februari merupakan sebuah drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ayie Mustafa. Menggandingan Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin dan Afiq Muiz sebagai pelakon utama. Drama bersiri 16 eipsod ini akan memulakan siaran pada 3 April nanti.

menanti februari

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15

Para Pelakon

Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin, Afiq Muiz, Wan Nor Azlin, Riz Amin.

Nur Fathia binti Abdul Latiff (lahir 1 September 1987) atau lebih dikenali sebagai Fathia Latiff (kadangkala dikreditkan sebagai Nur Fathia atau Fathia) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.

Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai "Ummu Hani" di dalam drama Hani bersama dengan Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah Ibrahim, Nurul Elfira Loy dan Esma Daniel, sebagai "Nabila" di dalam drama Nur Kasih dan sebagai "Dewi Yusra" di dalam drama Dia... Isteri Luar Biasa bersama dengan Shukri Yahaya dan Keith Foo.

Zul Ariffin berdarah kacukan Melayu dan Belanda, dilahirkan pada 25 Oktober 1986 di Taiping, Perak dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Bercita-cita untuk menjadi anggota tentera laut dan berkhidmat untuk negara tetapi malangnya beliau tidak layak disebabkan kecederaan patah di bahu. Beliau meninggalkan kampung halamannya di Taiping bagi mencari kerja di ibukota Kuala Lumpur dan ditawarkan bekerja sebagai barista di sebuah kafe di ibu negara, pada usia 18 tahun.

Sinopsis Menanti Februari

Menanti Februari mengisahkan tiga rakan karib iaitu Arie (Zul Ariffin), Fiza (Fathia Latiff) dan Edi (Afiq Muiz).

Arie dan Edi bersama-sama menaruh hati terhadap Fiza. Atas ketentuan jodoh, Fiza berkahwin dengan Arie menyebabkan Edi memendam rasa.

Namun, kebahagiaan yang diharapkan Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehingga mengabaikan perasaan Fiza.

Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama iaitu Februari. Bagaimanapun takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam satu kemalangan di laut dan dikhuatiri sudah meninggal dunia.

Sepanjang ‘kehilangan’ Arie itu, Fiza dan Edi menjadi semakin rapat hingga mereka disatukan sebagai suami isteri.

Namun, kebahagiaan yang dikecapi Fiza dan Edi tidak lama apabila tiba-tiba Arie ditemui selamat. Namun, dia terpaksa menghadapi situasi yang Fiza sudah berkahwin dengan Edi.

Bagaimanapun, Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana dia ingin menebus semula segala kesalahannya terhadap Fiza.

Jangan lupa saksikan 16 episod drama Menanti Februari pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam di saluran 103 TV3.

+ comments + 4 comments

Shsharina
12 April 2017 at 06:14

Tak sabar nak tgu epi 6

Mishel
20 April 2017 at 21:52

Cerita drama ni macam movie pearl harbourl

Kylie
8 May 2017 at 14:55

Sampai episode 15 or 16 last? Tengok kat website kepala bergetar ni ada 16 episode. Tengok kat tv cakap episode 15 last hehe confuse

Admin
8 May 2017 at 15:07

hehe ehh polo tv la.. 16 tu letak awal

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar