Mahram lakonan Izreen Azminda, Fauzi Nawawi dan Asraf Muslim

Telemovie Mahram terbitan Sha's Media ini di arahkan oleh Hashim Rejab dan skrip Mohd Shahremu Ikmal. Bersiaran di slot Skrin Di 9 pada 4 September 2019, jam 8.30 malam.

Mahram

Video Mahram

Para Pelakon

Izreen Azminda, Fauzi Nawawi, Ashraff Muslim, Tania Hudson.

Sinopsis Mahram

Saleha (30-an) merupakan isteri kepada Zamarul (40-an) yang telah lama menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji seperti mana impiannya sejak kecil lagi. Walaupun perkahwinannya dengan Zamarul tidak dikurniakan seorang anak pun, Saleha pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya.

Saleha selalu membaca dan mendengar cerita jemaah haji yang telah pulang ke Malaysia. Saleha semakin tidak sabar dan semakin bersemangat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci itu. Disebabkan itu jugalah Saleha sanggup mengikat perut dan berjimat cermat mengumpul wang dalam wang simpanan tabung hajinya.

Suami Saleha pula, Zamarul pula tidak menunjukkan minat untuk mengerjakan ibadah haji walaupun dia pernah mendaftar untuk menunaikan haji melalui akaun simpananannya. Namun bagi Zamarul kos untuk mengerjakan ibadah haji itu terlalu tinggi dan lebih baik wang simpanan itu digunakan untuk tujuan lainnya.

Saksikan telemovie Mahram pada 4 September 2017 jam 8.30 malam di TV3 atau di portal Tonton.

Post a Comment

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar